Followers

Segmen : I love You Mom

Assalammualaikum readers...

Tadi time buka blog. Tengok dalam cbox eja, eh ada orang ajak join segmen. Menarik segmen ni. Tentang mak. Eja sensitif sikit pasal ibu bapa ni, mungkin Eja tak dapat beritahu Mak Eja apa yang terbuku di hati Eja ni.

klik banner untuk join

Ucapan untuk wanita yang ku panggil Mak.

Mak,
Wanita itu ku panggil Mak,
Sejak kecil ku..
 Mak.. terlalu besar pengorbanan mu.
Di kolej tiap kali aku terlalai untuk bersungguh-sungguh belajar, teringat pesan emak.
"anak, kita orang susah, kamulah harapan emak untuk mengubah nasib keluarga kita ."
"Jangan tinggal solat, segalanya itu milik Allah. Doa banyak-banyak"
Emak, kerana pesan mu itulah anak mu ini tetap berusaha tanpa putus asa untuk berjaya.
Sekarang Eja dah habis belajar.
Mak,
InshaAllah, bila Eja dah dapat kerja,
Eja nak bagi Mak gaji Eja,
Eja nak beli telekung baru untuk Mak, boleh guna untuk hari raya sekali.
Nanti kita baiki rumah kita ya Mak.
Kalau pergi mengaji, tak payah jalan kaki lagi. Jauh sangat sekolah tu, nanti kita beli kereta ya Mak.
Mak doakan Eja ya Mak.
Eja rasa sangat bersyukur punya emak seperti Mak.
Eja sayang Mak sangat-sangat.
Mak adalah mak yang TERBAIK DI DUNIA INI.
I love you Mom.


*Hargailah ibu kita selagi masih ada. Ibu tiada gantinya. Dialah yang satu ibu.


3 comments:

  1. Assalamualaikum..fahz jengah rakan segmen.Gudluck dear.Moga ibumu sentiasa DiRahmati dan sejahtera hidupnya..In Shaa Allah :)

    ReplyDelete