Followers

Ahaa! : Mudahnya Mencari Pahala

Assalamualaikum pembaca yang di redhai Allah swt...


Rindu kalian.
Semoga sihat, cantik dan sentiasa ceria.. ahakss

Hari ini aku dapat ibrah,
Serius..

Mesti semua dah tahu, buat jahat tu mudah daripada buat pahala..

tapi

guess what?!
 buat pahala pun tidak kurang senangnya..
bergantung dari diri kita sendiri, sama ada nak atau tak nak.

Sekarang masalahnya kita nak atau tak nak.

tanya diri** tanya diri**
hummm..

Nak cerita ni,
tahu tak bagaimana mudah untuk kita buat pahala..



Musim exam, so biasalah.. semua orang duduk busy study.
Study inilah study itulah.. ble ble blehh..
Yang seronoknya, 2 orang member rumah aku ada exam esok.. Lepas tu member sorang lagi, memasak...
Nampak tak kat situ?
Ye la, member lain busy study je, dah busy macam tu kemungkinan boleh lupa nak makan..
tapi ni dah ada orang masak..

yang aku lagi lah, bangun-bangun je makanan dah siap.

TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMASAK....


nak basuh pinggan pun orang lain dah buat.
Serba salah pun ada..

Ya Allah, seronoknyeeeeeee...
ahaksss.

Lepas tu, semalam pula member nak basuh kain, dia basuhkan pula kain member aku yang sorang ini.
Kau ada member macam tu?
Aku jealous juga.
Bayangkan pahala buat baik yang diorang dapat.

Malam sebelum semalam pula, member aku duduk busy untuk exam on 28 december tapi dia tetap luangkan masa untuk mengajar aku.
Priceless tahu tak?
Ya Allah bersyukurnya.
Pahala lagi.

Sebab hidup kita ni, all the time about ibadah.
Kau sembang, kau makan, kau study, kau solat, dan sebagainya.
Semua sebenarnya ibadah.
but don't forget niat..

Then buatlah macam-macam kebaikan. Inshaa Allah, pahala.

Contoh lain:
1.Senyum, maksud aku ceriakan hari member yang kau nampak macam tengah sedih..
2, Buka zikir bagi dengar time kau tengok member kau tengah stress study, sebab seriously zikir ni menenangkan.. tak caya, try sendiri.
3. Ingatkan member, bila masuk waktu ajak solat
4. Kemas rumah
5.  dan sebagainya...


hahhahaha..

Alhamdulillah, terima kasih Allah kurniakan member-member yang baik.
Semoga Allah jaga mereka dan pembaca sekalian juga.

Begitu je lah..

Kami sambung study dulu.
Aku curik masa sikit, haha..

Doakan kami
Aku ngan member-member rumah aku ni lah..


Chel Alalguring
29/12/2015


Exam Datang Lagi!

Assalamualaikum pembaca yang di sayangi dan di redhai Allah S.W.T

Apa khabar iman kalian hari ini?


Exam untuk semester 6 datang lagi. hihi.. Boleh tahan semakin mencabar subjek-subjek semester ini. Moga Allah permudahkanlah..



Kali ini aku nak kongsi sedikit tentang exam.

Selalunya apabila exam, mulalah bersungguh-sungguh belajar.. katanya...
Tidak kira siang dan malam, segala onak ranjau berduri pun sanggup ditempuhi..

Tapikan,
sering kali kita lupa.. kita ni termasuk aku sendirilah.. Hokey.
Lupa jaga hubungan dengan Allah.
Padahal itu yang paling utama.
Tapi ye la kan, cakap saja lebih mudah dari buat.

Kita sibuk-sibuk belajar, sampai solat tertangguh-tangguh..
Ngaji Quran entah ke mana, perkara-perkara sunatnya entah ke mana.
Serius memang susah nak stay istiqamah.
termasuk aku sendirilah..
Malu kat diri sendiri, lepas tu minta macam-macam dengan Allah.
Bergantung harapnya tidak.
Hubungan dengan Allah lagi kelaut..

So, kat sini aku nak ajak diri aku dan pembaca sekalian,
Muhasabah kejap,
re- new niat balik..

Allah, Allah, Allah..
Doakan aku..

Chel Alalguring
23/12/2015

Cerita Kuih

Assalamualaikum... yo!

[RUGI TAK BACA]

Masa aku kecik-kecik dulu,
Mak aku selalu membebel suruh bangun subuh-subuh Arab,
tak tak.. subuh sebelum Subuh Arab lagi (hahaha) untuk jual kuih...
Mak aku bangun pukul 3 pagi,
Start buat kuih, mengulung kuih, mengAPA-APAkan kuihlah,
Lepas tu,
pukul 4 atau 5 pagi
Turn aku pula dengan adik bongsu aku untuk bantu goreng kuih dan susun kuih..
sebab pukul 6 pagi kat Sabah, semua orang dah untuk sibuk pergi kerja.
Tapi aku nak bangun tu memang perrrghh............
susah tahap gaban.
hihi
Kalau adik aku, kejut sekali dah sedar..
Kadang-kadang,
adik aku bangun tolong goreng dan susun kuih,
aku pula, ambil turn untuk menjual..
haha.
aku tahu aku genius.
pandai pula bagi turn.
Esoknya, aku tolong goreng kuih, adik aku tolong jual..
sekali lagi, aku genius kan?
haha
Kalau aku liat bangun,
Mak aku cakap : " Bangunlah, nanti kalau malas-malas bangun, orang pun malas mau beli kuih kita" (baca dengan slang Sabah)
dan tahu tak? baru aku tahu apa yang Mak aku cakap tu sememangnya betul.
Umur aku dah 24 tahun ni, baru sedar..
Allahuakhbar!!


Mana rezeki nak datang kalau malas?
Nak berjaya tak boleh MALAS!
diri ini terasa lagi....
Maka saya pun duduk ber'huhuhu' dalam bilik.
Esok?
Tindakan.

Chel Alalguring
24 Nov 2015