Followers

Cerita Kuih

Assalamualaikum... yo!

[RUGI TAK BACA]

Masa aku kecik-kecik dulu,
Mak aku selalu membebel suruh bangun subuh-subuh Arab,
tak tak.. subuh sebelum Subuh Arab lagi (hahaha) untuk jual kuih...
Mak aku bangun pukul 3 pagi,
Start buat kuih, mengulung kuih, mengAPA-APAkan kuihlah,
Lepas tu,
pukul 4 atau 5 pagi
Turn aku pula dengan adik bongsu aku untuk bantu goreng kuih dan susun kuih..
sebab pukul 6 pagi kat Sabah, semua orang dah untuk sibuk pergi kerja.
Tapi aku nak bangun tu memang perrrghh............
susah tahap gaban.
hihi
Kalau adik aku, kejut sekali dah sedar..
Kadang-kadang,
adik aku bangun tolong goreng dan susun kuih,
aku pula, ambil turn untuk menjual..
haha.
aku tahu aku genius.
pandai pula bagi turn.
Esoknya, aku tolong goreng kuih, adik aku tolong jual..
sekali lagi, aku genius kan?
haha
Kalau aku liat bangun,
Mak aku cakap : " Bangunlah, nanti kalau malas-malas bangun, orang pun malas mau beli kuih kita" (baca dengan slang Sabah)
dan tahu tak? baru aku tahu apa yang Mak aku cakap tu sememangnya betul.
Umur aku dah 24 tahun ni, baru sedar..
Allahuakhbar!!


Mana rezeki nak datang kalau malas?
Nak berjaya tak boleh MALAS!
diri ini terasa lagi....
Maka saya pun duduk ber'huhuhu' dalam bilik.
Esok?
Tindakan.

Chel Alalguring
24 Nov 2015

No comments:

Post a Comment