Followers

Sentap! : Allah Bayar Cash

Assalamualaikum pembaca yang sentiasa di rahmati Allah SWT..

Apa khabar iman?

hihi..
Moga kita semua dalam lindungan Allah..
amin

Entry kali ini, aku nak share sikit tentang Allah bayar cash!
Kalau tak faham maksud sebenar Allah bayar cash ni, meh aku explain sikit..
Ini mengikut apa yang aku fahamlah..

Aku bagi contoh terus, aku pun tak reti sangat sebenarnya nak membuat pendefinisian.. hihi.
Contohnya sebelum ini kau pernah buat jahat kat orang lain, kau malukan dia depan orang ramai ke, kau nasihat sana-sini dengan niat nak menjatuhkan dia ke, dan lain-lain lah..

Korangkan bijak, mesti faham maksud aku.

hihi

Then tiba satu hari ini, korang pula kena macam tu.
Setepek pap!!! Kena kat muka sendiri.
Kena buat dengan orang lain..
Sama macam kau buat orang dulu

Time tu baru kau sedar...

"Oh rupanya Allah bayar cash dengan aku"..

Kalau kau sedar, Alhamdulillah.. sebab Allah masih bagi rasa sedar tu..
Kalau tak sedar, ha macam mana?

Moga Allah ampunkan kita semua..

Eh lagi satu baca entry ni, kening tu control sikit, dah bersambung tu..
hihi.
Kawal nafsu..
ngahaha..

Benda ni dah pernah jadi pun dengan aku dan bukan itu saja, aku pernah tengok sendiri orang-orang yang di bayar cash.
Tapi bergembiralah bila punyai rasa sedar.
Saya ajak diri saya dan pembaca untuk istighfar sama-sama.
Sama-sama berdoa. Sama-sama perbaiki diri dan jangan buat lagi.

"Ya Allah peliharalah kami dari melakukan kezaliman dengan diri sendiri dan makhluk lain.."
Amin

Aku ingat lagi zaman aku ambil diploma di KTD, atau Kolej Terbaik Dunia. Kolej ni wujud wokey.. hihi.. Betul-betul wujud.. Boleh google.

eh termenyimpang pula.

Aku ada dua orang member, kat sini aku bagi nama Aminah dan Baby.
Si Aminah ni buka account facebook, time tu facebook tak adelah famous amigos macam sekarang.
Lepas tu si Baby ni datang marah-marah kat Amirah, terjerit-jerit kat dia. Aku watak sampingan, maka aku pun tengok je la.



Baby kata facebook itu melalaikan, itulah inilah..
Pada aku, ada juga betulnya Baby pesan itu ini dengan Amirah tapi kesian Amirah semacam di malukan pula. Depan aku pula tu. Dah lah mata aku ni macam mata mafia bila memandang. boleh-boleh la.. Mesti dia rasa malu..
Lepas tu lagi mengejutkan bila, Baby lagi teruk addicted to facebook, tak tidur malam, badan menggeletar bila tak dapat online. Seriously, its happen.

Maka Baby pun cerita dengan aku,
"Chel, aku teringat pula time aku marah-marah Amirah pasal Facebook ni. First niat aku, memang aku tak nak dia terlalai tapi mungkin cara aku yang salah. Ni Allah dah bayar cash dengan aku."

Aku pun, pap!!
Make sense apa yang Baby cakap.

So aku pun ambil pengajaran sekali..

What you give, you get back.
You give kindness, you get bless,
You give shit, you get same hit

Readers,
Persoalannya sekarang kita nak ke di bayar cash sebab benda tak baik kita buat orang?
Nak ke buat tak baik dengan orang lain?
Larat ke kita nak tanggung semua beban dosa kita?

Sudah tentu tidak! Bukan begitu?

Diri aku sendiripun tak hendak.
Aku pun nak kebaikan di dunia dan akhirat juga.
Kita semua pun hendakkan kebaikan di dunia dan akhirat..
Bukan?!

So, lepas ini apa yang hendak kalian lakukan untuk mengelakkan benda-benda macam ni?
Fikir sendiri, jom upgrade diri!


Chel Alalguring
O3/Jan/2016



No comments:

Post a Comment